Sunday 6 July 2014

Move on.

Bismillah.



Lama tak jumpa. Hihi.


If and only if ada orang yang masih jenguk blog ni ---
Aku dah pindah blog baru. Dah lama dah pindah sebenarnya.
Lama sangat dah . x)
Boleh la terai usha usha yeh.
http://aidikayy.blogspot.com

*Lulz takmalu gila promote blog sendiri. Haha.*


Walaupun aku 80% yakin takde siapa pun bukak blog ni dah. 


Kelakar. Bila baca balik apa yang pernah aku tuleh dulu. Segan. Sumper.
Tapi biasa lah tu kut.
Semua orang pernah jadi budak-budak kan.

Dulu aku macam gitu. Sekarang aku gayanya gini.
Mungkin tak siapa sedar. Tak siapa rasa.
Pandang dengan mata dua depan ni memang tak nampak.
Sebab tu sekarang aku cuba ajar diri pandang dengan hati.
Lagi lagi bila aku dah pakai spek sekarang ni kan. Rabun gamaknya. 
Eheh.


Aku takdelah nak kata dulu aku childish sekarang dah matang ke
dulu aku comel sekarang dah hensem ke
dulu aku mengada sekarang dah kool ke
dulu aku budak sekarang dah grow up
atau apa apa yang seangkatan dengannya.


Tapi I changed, yes insyaAllah I do.


Entri entri lama, aku tak delete. Aku hide-kan je.
Sebab kata orang, jangan jadi kacang lupakan kulit.
Satu hari bila aku insyaAllah dah tinggi , aku perlu selak balik untuk ingatkan aku 
macam mana bawah nya aku pernah duduk dulu.

Kata orang --
Past is a good place to visit but certainly not a place to stay.
Dan kerana itu, blog ini insyaAllah aku takkan delete. Sebab satu hari aku mesti datang lagi.
Tapi untuk terus berada disini, aku rasa itu bukan caranya.
Move on. Let go.

Maka kerana itu, aku cari tempat baru.
Yang boleh masuk dengan jiwa aku yang dah tak macam dulu.
Ehek. Kununnya.

Sebab kalau dulu aku nakal, sekarang aku nak jadi lagi baik.
Kalau dulu aku perangai macam lelaki, sekarang aku nak jadi perempuan yang lebih proper.
Kalau dulu aku manusia yang tak segan, sekarang aku nak jadi hamba yang malu depan Tuhan.
InsyaAllah.
Harap bukan ayat jela yang gempak.
Mogamoga Iman pun boleh sado jugak.



"To change, is never easy my friend. But it is indeed, a must."
AngelPakaiGucci.



Selamat tinggal untuk kali ini.
Nur Amalina.

1 comment:

Hunn said...

Pink, pink, blue, blue,
I came here and peeked a boo !

:D